Thursday, January 08, 2009

Kerana Kebahagian Itu Di Nikmati Dengar Cara Yang Berbeza!

Hari-hari yang kita lalui dalam hidup ni, tidak selalu indah dan cerah. kdg kebahagian itu akan brlalu dengan cepat.

Persahabatan dalam hidup banyak mengajar kita erti sebuah kebahagiaan dan kedukaan. kerana persahabatan yang berlandaskan kejujuran dan keikhlasan kadang2 dikhianati.

Fitrah manusia kita suka disayangi dan dihormati. kdg2 sahabat bisa menyayangi tetapi lupa untuk menghormati ( hak dan keperibadian diri).

Setiap manusia punya cara untuk menikmati kebahagiaan kdg2 cara itu tidak dapat kita terima. kerana berbeza cara hidup dan pengalaman yang mendewasakan.

kerana cara itu yang berbeza sering menduga rasa dan minda. kita tidak boleh mengubah cara ia sebahagian sikap yang melekat dalam diri, teori komunikasi juga banyak mengungkap bahawa betapa susahnya sikap manusia untuk di ubah.

Oleh itu, biarlah sahabat2 ku menikmati kebahagian dengan cara mereka. Kerana kebahagian itu kita nikmati dengan cara yang berbeza.

TQ KAWANKU YANG ROMANTIK


Salam Buat siapa yang lalu kat blog aku yang tidak diketahui umum ini..heheh bangga2.
Nampak kah bungkusan coklet kat atas tu, bukan mau promosi atau jual!
itu kawan orena bagi masa dia p Cameron sedap juga..nyam2 satu upis orena makan cukulet tu sampai habis tak sampai pun 5 saat berlalu hahahah...

Orena baru kenal dengan kawan ni, tapi dia ni spesis baik juga bagi orena. Dia bagi juga aku strwbery kegeraman ku, tapi habis cair, bingkusan ndak brapa betul tapi tak pa yang penting ikhlas org ckp.

Baru hari 2 aku tau ada cklet perisa rose uhuh...lagi yang best nya dia punya bungkusan 2...romantik gila ek siap berbunga2 lagi mcm dapat dari kekasih hati plak (dia bukan kekasih orena) tapi buli jadi geng keras lah kiranya..di layan bah kalu org romantik2, jiwa2 ni heheheh

senyum sendiri pulak aku depan laptop ni, hehehe.

Kawan tu ckp dia kan dapat 2nd baby..wah best nya orena doakan mudah2an baby nya sihat dan cumel mcm orena heheheh.

Oke berjumpa lagi.

Monday, January 05, 2009

HARI YANG MEMBORINGKAN

hm? suka membuat catatan di blog ni, sebab orena tau blog ni tak da member yang tahu uhuh. kalau ada yang termasuk pun dia tak kan tahu pun siapa hehehe (lama guna orena tak buka blog ni, bz dgn urusan pribody)

Hari ni memang ha orena p keja tapi, ntah kenapa boring gilak ek. Mungkin sebab awal bulan kan. program tak da sangat.

kalau ada member datang bawakan ayam kfc ni musti best (uhuh dah orena suka makan kfc nak buat cham mana kan)

Buka ym pun tak da member on line. semua org sibuk isnin kan. hmm

Bukan tak da keja sebenarnya nak buat cuma, orena ni buat keja kali laju sangat kan jadi bila dah petang smua dah sattle..hoby memang trep ok! hehe

Member2 kat tempat keja ni, orena tenguk keluar masuk, keluar masuk tak apa2 lah d org ni buat...bila orena pusing kiri ups dah kul 5 rupanya hm patutlah bekeluaran dah smua mahluk kat tempat keja aku ni.

Orena pun nak siap2 juga, bukan pulang umah, siap2 nak makan nasik hehe spesis lain sket jaga kesihatan tapi makan tak terjaga.

pa pun semoga aku terus mencatatkan keboringan aku kat blog ni.

aku sorang je yang baca pun tak pa. janji halal hehe..

Tuesday, September 02, 2008

Berkongsi Rahsia Vitamin C

Aku merupakan salah seorang manusia yang sering di jangkiti selesema, kalau penat sikit mulalah badan ni lemas dan hidung beringus, orang kata bila badan kita penat kita mudah dijangkiti penyakit terutama sekali selesema..aku rasa memang macam tu lah berdasarkan pengalaman aku melayari kehidupan ni.

Berkat nasihat seorang teman, mengajak aku beli Vitamin C jenama Shaklee. bila dan beberapa tahun mengamalkannya aku jarang di jangkiti lagi..paling best bila tekak mula sakit makan sebiji dah rasa ok. baik lah yang sering di jangkiti penyakit berjangkit ni memcuba petua orena hari ini.

Tuesday, August 19, 2008

Buah Oren


Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

KHASIAT DAUN PEGAGA

Kepada sesiapa saja yang melayari blog ni!

Mungkin ramai diantara kita selalu mengalami demam panas n kadang2 rasa panas dalam badan tapi kat luar plak tak panas, mau di jadikan cerita, tumbuh ruam dan pelbagai kesan lain..org tua selalu kata 'Panas Dalam.

oleh yang demikian petuanya mudah saja...ambil beberapa helai daun pegaga rendam di dalam air yang panas. apabila dah suam minum lah air nya. sangat baik meredakan demam panas n padas kat dalam badan kite.

Saya dah cuba n sangat berkesan. selamat mencuba.

orena.

Monday, August 18, 2008

MERAWAT SEGALA PENYAKIT

Berkongsi Khasiat Madu Asli..di Sabah madu sangat mudah diperolehi terutama di kawasan Pantai Barat Utara dan sedikit di kawasan-kawasan lain. Tapi itu bukan topik utama, yang penting adalah madu diperakui dapat menjadi makanan kesihatan yang sangat berkhasiat...

Petua apabila madu + limau nipis = ia dapat merawat rambut yang bermasalah.

Madu + putih telur = dilulur di badan dapat melicinkan kulit.

Selamat Mencuba